Hasil penemuan awal 4 Siasatan_PAC_terhadap_PKFZ

Pada 3 September 2009, PAC telah menyoal dua bekas pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) iaitu Datuk Yap Pian Hon dan Tan Sri Dr Ting Chew Peh, di bangunan Parlimen Malaysia.

  • Banyak keputusan kontrak dan perjanjian ditandatangani dulu oleh pengurusan tanpa mengetahui biji butir kontrak dan perjanjian.Lembaga pengarah tidak tahu...hanya dimaklumkan selepas perkara itu berlaku.
  • PAC mahu menyiasat penglibatan LPK dalam pelaksanaan PKFZ dan juga untuk mengetahui mengenai penyaluran maklumat daripada pengurusan kepada lembaga.
  • Yap Pian Hon menafikan wakil-wakil kerajaan dalam LPK tidak bersuara. Sebelum ini Azmi Khalid mendapati wakil kerajaan tidak bertanya dan berusaha mendapatkan maklumat kerana mereka hanya menghadiri mesyuarat dan "banyak perkara yang mereka tak tahu".
  • Ting Chew Peh menjelaskan bahawa pihak lembaga hanya menerima maklumat yang diberikan oleh pihak pengurusan.
  • Pengerusi LPK hanya mendapat elaun sebanyak RM2,259.95 sebulan. Ahli lembaga setiap seorang mendapat elaun RM500 sebulan. Adalah tidak benar pengerusi LPK mendapat gaji besar.[10]